Cincin Nelayan

Cincin Nelayan (Bahasa Latin: Anulus piscatoris, Bahasa Itali: Anello Piscatorio) adalah salah satu perlengkapan rasmi digunakan oleh Paus yang mengetuai Gereja Katolik. Ia pada asalnya digunakan untuk menanda tera diri seumpama tandatangan pada dokumen-dokumen resmi,[1] namun ia tidak digunakan lagi sejak tahun 1842. Para penganut Katolik sering beradat dalam berjumpa Paus dengan mencium cincin ini.[2] - amalan ini dilakukan sejak zaman Pertengahan dalam kalangan raja-raja.Di sekeliling gambar ukirannya terdapat nama Paus yang berkuasa yang dicetak dalam huruf-huruf timbul manakala d i tengahnya pula suatu ukiran (Bahasa Itali: basso rilievo) gambar Santo Petrus sedang menjala ikan dari sebuah kapal - ia melambangkan pekerjaan Petrus yang bukan sahaja pernah menjadi nelayan tetapi juga kedudukannya sebagai seorang hawari yang dikatakan "penjala manusia" (Injil Markus 1:17) di mana para Paus-Paus yang dilantik ini bertindak meneruskan kerja gerejawi beliau.